Posts

Showing posts from 2015

ready before presentation

Beberapa tip yang Mr.M akan bagi lulus semasa presentation: 1) tidur yang cukup 2)mandi wangi-wangi 3)pakai smart2/cantik2 4)bawak semua all work Mr.M 5)LUKIS 30 POSE 6)LUKIS 50 SKETCHES

take a note!!

Image
selamat petang..makin lama makin malas aku nak update blog ni hahaha Ni semua terpaksa berpura-pura untuk mendapatkan pointer terbaik. ni note yang terpaksa aku ambil tahu untuk menyiapkan all work Mr.M bersiap sedia la anda. kipidap dongibab

yaeayy ~sem 3 sudah sampai penghujungnya

Image
hai hai hai semua.. hari ini ahkakk happy sangat sebab nak habis sem. Bukan apa ahkak ni tak larat dah nak menghadap final projek yang berlambak tu..cepat-cepat nak rasa heaven..huhu..selagi tak habis selagi ahkak dok pikiaq ..sakit kepala ahkak taw.Takpe-takpe ahkak cuba bersabar and stay cute..

tahan mata untuk siapkan sketch drawing 50

Image
malam ni aku kene bersengkang mata melukis drawing sebanyak 50..aku terpaksa pura-pura untuk merajinkan diri untuk mendpatkan markah... ni haaa lukisan aku... aku pilih ni je sbb aku rasa ni je okayy ada lagi tp ni je lukisan aku nk post hhaha

renew sajeee..bila nak siap ni~~~??

Image
Maaf kawan-kawan tengah malam baru nak update blog..tengah sibuk nak siapkan keerja Mr.M baru teringat aku dah lama tak bukak blog hahaha..maklumla banyak sangat benda nak ingat..assignment dan projek lain pun masih dalam progress..aku nak cerita sikit kelas pada minggu lepas,aku tunjukla kat sir lukisan aku yang dah siap tapi kene touch-up sikit nasib baik tak reject..perkataan R.E.J.E.C.T tu paling aku takut dari mulut Mr.M .HHAHHA(tengok ejaan tak betul).Aku tunjuk jugak lukisan gabungan yang tu kene reject..time tu jugak aku lukis balik ..finally dapat jugak approve dari mr.m. huhu sungguh sungguh aku buat balik lukisan yang telah direject

MARI BELAJAR JENIS LUKISAN

Image
1. Jenis Lukisan – Aliran Romantisme Jenis lukisan dengan aliran romantisme menekankan penggambaran kembali pengalaman atau kenangan romantis atas keindahan sebuah objek yang dialami oleh pelukisnya. Lukisan jenis ini banyak mengambil objek keindahan alam. Aliran ini berkembang pesat di Eropah dan dianggap sebagai aliran tertua. Jenis lukisan ini akan cenderung “bernada” melankolis. Apa yang dituangkan dalam kanvas umumnya menggambarkan perasaan atau hubungan antara manusia. Gambar yang disuguhkan seolah nyata. Di Indonesia, pelukis yang hobi membuat jenis lukisan seperti ini adalah Raden Saleh. 2. Jenis Lukisan – Aliran Realisme Jenis lukisan dengan aliran realisme lahir di Prancis sebagai reaksi budaya terhadap  Romantisme. Realisme menekankan pada realitas sehari-hari, melukis dan meniru keadaan alam . Aliran realisme berkembang pesat di Prancis, Inggris, dan Amerika, pada awal abad ke-19. Jenis lukisan ini memanggungkan nama-nama tersohor ...

Balai Seni Lukis Negara

Image
Balai Seni Visual Negara (atau BSVN ) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepa s Malaysia mencapai kemerdekaan  daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.  Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan. Berikut adalah kementerian-kementerian yang pernah menaungi pentadbiran Balai Seni Lukis Negara: Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara Malaysia dimaktubkan oleh DYMM Seri P...

pameran DUNIA PESONA FRIM,2 JUN 2009

Image
Diinspirasikan daripada pertandingan Fotografi yang bertemakan ‘’ The Enchanting World of FRIM, Through the Lense’’ yang dianjurkan oleh FRIM awal tahun ini untuk meningkatkan kesedaran bertapa pentingnya penjagaan alam sekitar, para seniman tersebut telah mencetuskan satu idea agar satu kerjasama dengan pihak FRIM dapat direalisasikan dalam mempromosi kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar, dan kali ini melalui seni.   Sebanyak 35 bukan lukisan bermotifkan kehijauan FRIM dihasilakn, di mana 30 daripada lukisan tersebut akan dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara selama dua minggu. . Majlis pembukaan pameran tersebut telah dirasmikan oleh timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Puan Aziyah Mohamed bertempatDi Balai Seni Lukis Negara pada jam 3.00 petang.Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr .Abd. Latif B. Mohamod dan Pengerusi Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara Dato’ Seri Abdul Azim Bin Mohd Zabidi turut hadir di...

ni lah geng aku(7 flamingo)

Image
assalamualaikum pembaca sekalian.. kali ini aku nak masuukan entri tentang geng aku pada zaman universiti. Terdiri daripada 7 ahli yang sememangnya mestilah ada aku, puteri,zaza,seri,atin,sha dan ikin.. ada yang datang dari kelantan,kedah dan pahang. kemana sahaja mesti bersama seperti belangkas yang tak dapat dipisahkan huhu.. diorang ni macam-macam perangai ada,tak kering gusi dibuatnya dengan telatah mereka.. yg ada stress tu boleh hilang stress hahaha nanti aku kahwin korang jadi bridesmaid aku ea hahaha dah cop awal-awal hahaha

PBS Seni Visual pada zaman form 6

Image
yehaaa~! aku nak share sikit story aku masa zaman form 6 semasa  membuat PBS seni visual.. aku membuat realistic drawing menggunakan water color. dari situ banyak aku belajar dari cikgu kesayanagan aku iaitu pun Roshamnizan bt Abdul Ghani. Beliau berkata aku ada potensi dalam melukis sera mempunya kekuatan tersendiri. beliau juga banyak menggilapkan bakat aku yang bermula dari 0 hingga mempunyai sedikit skill dalam melukis. Actually, family aku datang dari tangan yang berseni kebanyakan family aku pandai melukis seperti abah,adik  dan pakcik aku tetapi aku....hmmm ntahla hehehe masih belum mahir lagi beberapa pic semasa pameran seni visual setelah selesainya PBS.. ibu bapa dijemput hadir penangan PBS .,. ni sume kerja geng aku kami in the making before the day bila tengok balik gambar-gambar ni macam nak kembali semula alam persekolahan ... tersangatlahh rinduuu

mengimbau kenangan di PLKN

Image
selamat pagi semua.. aku nak story sikit kenangan aku di PLKN..memang sweet memory sangat bagi aku yela mana la tak best aku tercampak kat Sarawak kott..,gila tak jauhh hahaha pelbagai kaun dan budaya aku berkawan kat sana . best berkawan dengan diorang sebab diorang friendly. Aku jugak belajar bahasa diorang macam iban,melanau dan melayu sarawak. contoh perkataan dari sarawak manuk(ayam), lawa(sombong) .kalau iban pulak makai(makan).. Ni je aku ingat hehehe. Dekat sana aku memang menyertai seperti persembahan macam tarian,bersajak,bersyair dan macam-macam lagi.. seriusly, memang best menyertai PLKN. Sia-sia sape yang tolak tawaran tu hehehe.. PLKN mengajar kita untuk mebina keyakinan diri, bekrjasama dalam pasukan serta berani menyahut cabaran. aku nak selikan 2 gambar semasa kau masuk tarian tradisional. tadaa..kami menari megikut baju kebangsaan masing-masing memandangkan takde baju sponsor so pakaila baju sendiri..hukhuk... di sudut hati aku ,aku amat merindui ne...

cantiknyaa drawing Mr.M

Image
Aku amat terpaku dengan hasil tangan Mr.M. Memang sungguh berbakat dalam melukis . kalau aku bagi 10/10 laa hehehe. Kebanyakan sketch beliau menggunakan medium pen,water color dan pensil. Hasil karya beliau menjadikan sumber inspirasi aku  untuk membuat rujukan dan cuba ubtuk mengaplikasikan teknik beliau di dalam lukisan. Aku nak bagi sikit beberapa hasil karya Mr.M... nampak texture kulit sesumpah realistic sketches medium by water color medium by water color realistic sketches          Awesome kan hasil kerja Mr.M??huhu So apa lagi kalau nak belajar melukis ,bergurulah dengan beliau.

mek azra jadi model kita

Image
aku nak throwback sikit pasal kelas hari sabtu(21/11/2015). kami dikehendaki melukis seorang model yang berbayar iaitu mk azra,,huhu..lukisan ni dikira test untuk improve lg skill dalam melukis figure. Ada 3 kelas dan model pun berbeza and kelas kteorang terpi;ih mendapatkan mek azra memandangkan dia pun sem ni tak ambil subjek ni so dia jadi mangsa untuk menjadi model hahaha..memang cramp la badan dia duduk kat depan..hahaha..mek dapat upah jangan lupa belanja kami ya hahah kelas start pada pukul 11 dan diakhiri 2.15 kteorang dikehendaki melukis di atas kertas box board bersaiz A1 dengan menggunakan charcoal.first kene buat dulu Mr.M menyuruh kteorang menghitamkan dlu kertas tersebut macam gambar di ats tu. Lepas beberapa jam kemudian ni lah hasilnya... memang takde rupa macam mek hahaha tp posture badan tu ada la rupa sikit tapi pape pun aku dah cuba yang terbaik. Kepada mek azra thanks meluangkan masa bersama kami untuk menyiapkan test ini

penat lukis ni

Image
buruk?? lantak p la huwaa...aku bosanla lukis benda ni..shading ni buat leceh..awatla susah sgt. Baru takat ni buat dah lenguh tangan .. sabar jela hati ni,..ni semua sebab pikirkan markah

berusaha untuk dapatkan cop

Image
selamat malam semua... baru harini aku berkesempatan menaip blog sebab sebelum ni busy dengan assignment+final projek okayla jangan buang masa lg..ni aku nak cite time kelas MR.M aku pun dgn yakin and senang hati menunjukkan hasil kerja buruk. dia kata "apsal buruk ni binatang 1 ni?".. aku pun terdiam apa lg rasa hampa la.. dia suruh buat baru,nasib baikla 1..fuh!! lega~ ,lepas aku lukis yang baru dia kata "bolehlaaa..." finally,dapat jugak cop senang hatiku..senyum samai ke telinga Add caption nampak tak dalam gambar tu tertera cop 'M'??hehehe tu sebenarnya yang aku nak

sesi penghantaran untuk disemak

pada jumaat yang lepas 13/11/2015 sesi untuk mendapat cop diadakan secara besar-besaran hahaha semua buat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 'cop mohor' dari Mr.M.. sape yang dapat cop ni kiralepas dari azab untuk  mengulang balik la lukisan hahahaaha Sorang demi sorang ke depan untuk mendapatkan cop tersebut. ada yang kene buat balik,ada yang kene touch-up skit luikisan.. apa-apa pun mereka dah buat yang terbaik. Sebelum bersurai sir memaparkan beberapa video untuk kami membuka sedikit minda tentang animasi okaylah itu sahaja untuk harini.. semoga kita bertemu lagi! Bye..

Re-do lagi

Image
huwaaa~~~mengapa semua ini terjadi??? kene buat balik lukisan.. Tapi takpela aku suka je buat balik sebab lukisan akan lebih baik dari sebelum ni huhuhu.. dan ada juga aku kene tambah lagi 5 sketches sebab buat 2 jenis binatang aku memilih buaya dan kelawar kerana binatang tersebut mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.. kelawar dan buaya pilihan aku new sketches aku harap Mr.M dapat terima lukisan terbaru aku.. tak nak dah kene ulang.. kasihanilah diriku.. k bye!!

drawing??matilanakkk....!!

Image
assalamualaikum w.b.t.. selamat pagi semua.. harini kene lukis sebijik macam dalam kertas yang diberikan tak tahulah jadi ke tak ke...ke laut?? kene lukis sebijik bak ang.. nak tahu jadi rupa ,,?nanti kita saksikann..

re-do and re-do

Image
selamat malam uolls.. malam ni aku nak post beberapa sketch aku yang tak berapa awesome ni mula-mula aku lukis gambar dia tanpa baju lepas tu hantar kat sir,sir reject trus... huwaaaa~~menangis tak berlagu aku....Mr.M nak bershading bagai mengikut kelulusan kita jangan tunjuk sketch macam budak tadika hahaha .tapi yerla kan kita kene berani menyahut cabaran untuk mengulang melukis lagi,, Apa da hall kann ......huhuhu nahh ni dia sketch aku.... 5 animal selected 5 human figure okayy..thats all for today

siapakah Kim Jung Gi??

Image
siapakah kim jung Gi?? ha...mesti ada yanng tak kenal..yang kenal tu baguslah.. aku pun baru tahu serba sedikit pasal mamat ni..   Kim Jung Gi…..Artist fenomena yang memiliki kemampuan extraordinary dalam menggambar dengan mengaplikasikan melalui memorinya. Mungkin Kim adalah salah seorang yang memiliki kemampuan photo-memoric dengan skill ilustrasi yang luar biasa dan demonstratif. Bagaimana seorang Kim Jung Gi bisa sehebat itu? Popstar ini didatangkan khusus dari Korea, iaitu Kim Jung Gi. Dia dikenal dan diakui sebagai salah satu ilustrator terbaik di dunia. Artis dengan julukan " human printer " ini dikatakan memiliki kemampuan manusia super, karena dapat menggambar langsung di bidang seluas 1,5 m x 2 m hanya dengan menggunakan marker , tanpa sketch . Kemahirannya didapat melalui bakat dan latihan intensif yang dilakukan KJG sejak kecil. bersama hasil beliau                       ...

pecah perut gelak

Image
hai..hai..hai....... i'm coming back.. okay..first all, nak celoteh sikit pasal harini punya citerr.. macam bias ala kelas mr.m pagi.. so aku mengambil kesempatan untuk bangun lambat sebab Mr.M pun datang lambat hahaha.(jangan marah ye sir)..hik hik hik... sir mengingatkan kepada kitaorang bagaimana nak melukis mythical creature ni menggunakan kertas bersaiz A2 ..Sir menggalakkan kitaorang menbuat lebih besar lagi bagus tapi aku pilih A2 jela..tu pun dah besar bagi aku masa ni kitaorang tengah video seorang seorang pelukis terhebat dari China yang bernama Kim Jung Gi ..memang AWESOME giler la tengok dia melukis.. sir kata kitaorang akan melukis terhebat macam dia lagi 2 minggu hahaha..memang tak la kan hahaha..sir sir..macam-macam la.. tudia assignment.. sir melukis harimau cantik kan lukisan sir hahaha..ni lah contoh lukisan yang aku kene buat nanti okaylahh...sampai di sini sajalah.. bye bye..