seni itu indah
Mungkin sebahagian besar dari kita sudah mengenal yang namanya
seni dan bahkan mungkin sering kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari. oleh
itu, baik disadari mahupun tidak hal tersebut sudah menjadi dari sebagian hidup
manusia.
Secara garis besar, seni itu boleh dieertikan sebagai sebuah
ekspresi yang memiliki unsur keindahan yang di ungkapkan suatu media yang
bersifat nyata serta bisa dirasakan oleh kelima panca indera. Lebih jelasnya
mari kita lihat ulasan berikut ini.
KEINDAHAN
SENI VISUAL
Visual--bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Kita
sebagai manusia menggunakan deria mata untuk melihat atau nampak akan sesuatu.
Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual
memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan.
unsur seni--ialah garisan,warna,rupa,jalinan,bentuk dan
ruang.
prinsip seni reka ialah
harmoni,penegasan,kontra,imbangan,
kepelbagaian,irama dan pergerakan serta kesatuan.
Karya Seni Visual
Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan pelbagai jenis
penggunaan media.
Penghasilan karya seni melibatkan penggunaan:
Media--bahan atau
bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya,catan
menggunakan bahantara atau media cat air untuk penghasilannya.
Teknik--kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan
mengolah media.Berfungsi dalam membentuk dan menghasilkan imej pada karya seni
yang dihasilkan.
Hasil seni visual terbahagi kepada 2 bentuk penghasilan
karya iaitu hasil ciptaan berbentuk dua dimensi dantiga dimensi.
Comments
Post a Comment